Programme Highlights and Enrichment Activities
Program Dwiminggu Bahasa
Menengah 1 dan 2 menghadiri bengkel lukisan batik dan gamelan fusion yang menggabungkan gamelan dengan kompang serta angklung. Manakala para pelajar Menengah 3 pula didedahkan kepada sastera melalui Program Drama di mana mereka juga berpeluang menonton pementasan “How Did The Cat Get So Fat” dalam di Esplanade. Pelajar Menengah 4 pula menjalani bengkel lisan dan penulisan kreatif bagi persiapan peperiksaan nasional. Kunjungan Skuad Serbu Sekolah oleh barisan juruhebah daripada stesen Radio RIA 89.7FM serta Duta Bahasa, Encik Megat Firdaus, telah menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan harian.
Seni Lukisan Batik
Para pelajar Menengah Satu tahun ini berpeluang untuk mempelajari seni lukisan batik. Mereka telah berjaya menghasilkan lukisan yang menarik melalui teknik melukis dengan lilin cair menggunakan canting dan kemudian mewarnakan motif masing-masing. Nantikan pameran hasil kraftangan para pelajar yang berwarna-warni ini di acara yang akan datang ya!